Saturday, 19 November 2011

BUAT CHIPS SENDIRI

Petang semalam kita orang terlebih rajin pula.  Mak ajak cuba buat chips sendiri dari resipi yang beliau dapat kawannya.

Semasa pagi tu semasa pergi membeli-belah di hypermarket, memang Mak beli ubi kentang yang banyak sekali.  Kita orang tak komen apa-apa semasa beliau memilih jenis kentang tu.  Inilah rupanya.


Mula-mula tu Mak suruh cuci bersih-bersih.  Kemudian Mak rendam dalam air garam yang amat masin selama tiga jam.  Setelah tu Mak masak dalam oven selama 45minit.

Bila agak sejuk Mak suruh kopek kulitnya.  Jenuh jugalah nak mengopek kentang sebanyak tiga kilo tu.  Lepas tu kena pula potong seperti mana Mak mahu.

Selepas itu barulah digoreng dengan minyak panas.  Setelah masak digaulkan dengan garam halus.  Hasilnya amat memuaskan - cantik dan sedap!  Beginilah rupanya.

4 comments: