Saturday, 19 November 2011

BUAT CHIPS SENDIRI

Petang semalam kita orang terlebih rajin pula.  Mak ajak cuba buat chips sendiri dari resipi yang beliau dapat kawannya.

Semasa pagi tu semasa pergi membeli-belah di hypermarket, memang Mak beli ubi kentang yang banyak sekali.  Kita orang tak komen apa-apa semasa beliau memilih jenis kentang tu.  Inilah rupanya.


Mula-mula tu Mak suruh cuci bersih-bersih.  Kemudian Mak rendam dalam air garam yang amat masin selama tiga jam.  Setelah tu Mak masak dalam oven selama 45minit.

Bila agak sejuk Mak suruh kopek kulitnya.  Jenuh jugalah nak mengopek kentang sebanyak tiga kilo tu.  Lepas tu kena pula potong seperti mana Mak mahu.

Selepas itu barulah digoreng dengan minyak panas.  Setelah masak digaulkan dengan garam halus.  Hasilnya amat memuaskan - cantik dan sedap!  Beginilah rupanya.

Sunday, 6 November 2011

HARI RAYA KORBAN

Hari ini ramai umat Islam sibuk melakukan ibadah korban.  Ada yang membuat sesama sendiri bersama keluarga dan sanak saudara dan ada yang ikut dengan acara yang diaturkan dengan ahli masjid.

Seronok juga la berhari raya korban.  Kepada semua diucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Monday, 3 October 2011

TERPAKSA DIET

Ini mesti pasal banyak makan pulut lemang dan ketupat serta hidangan Raya semua tu.  Badan bukan naik sampai kilo, baju dah banyak tak boleh pakai!

Mahu tak mahu terpaksa diet juga la.  Sejak semalam aku mula berdiet dengan berpuasa.  Malamnya tak makan nasi.

Hari ini aku makan roti dengan tuna.  Lepas tu aku buat salad.  Salad ringkas saja seperti di bawah.

Monday, 19 September 2011

LETIH BERAYA

Ya benar sekali.  Dah letih sungguh beraya ni.  Dari 1 Syawal hingga semalam, setiap hari ada acara Raya.

Hari ni pun beraya lagi. Bukan nak beraya sangat sebenarnya. Tapi bos sendiri yang akan mengadakan jamuan Hari Raya untuk semua staf.  Jadi semua staf mesti mendokong juga.

Esok kena mula puasa enam juga.  Minggu ni minggu penghabisan Syawal.

Tuesday, 30 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Setelah sebulan berpuasa, kita menyambut kejayaannya dengan beraya di bulan Syawal.  Saya ingin turut mengucapkan selamat.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

Letihnya beraya.  Bukan letih pergi kerana jalan beraya, tetapi letih kerana melayan tetamu yang ramai datang!

Monday, 1 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK

Hari ini kita mula menjalankan ibadah wajip berpuasa bulan Ramadhan.  Orang-orang Islam, terutamanya yang kukuh iman mereka, memang mengalukan kedatangannya.

Walaubagaimanapun juga, marilah kita sama-sama cuba melakukan ibadah ini dengan baik.  Di samping itu, kita hendaklah juga cuba menegakkan ibadah-ibadah sunat khusus bulan Ramadhan yang mulia ini.

Semoga kita semua diberkati.  Amin.

Monday, 25 July 2011

IM REGISTERED

Today I also registered as a blogger.  Just to be in the in-group with my close friends jer.

I am still new.  Yet to know and learn.  But I hope this would be a beneficial and happy place to be in.